MENU

Soalan/Penjelasan

1. Apa yang dimaksudkan dengan cukai kadaran?
Cukai Kadaran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Baling seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan).

2. Mengapa cukai kadaran dikenakan ke atas tanah oleh Majlis Daerah Baling sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?
Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai Kadaran yang dikenakan oleh MDB adalah mengikut peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976.

3. Bolehkah cukai kadaran diberi pelepasan?
Cukai kadaran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain.

4. Adakah konsesi diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh pemunyanya sendiri?
Tidak ada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan MDB memberi konsesi atas bayaran cukai kadaran bagi rumah yang diduduki sendiri.

5. Adakah cukai kadaran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong?
Ya, cukai kadaran tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong. Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong dan untuk disewakan, maka para pemilik bolehlah memohon agar bayaran cukai kadaran mereka dipulangkan. Proses ini dipanggil pulangan balik hasil.