MENU

Daerah Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di negeri Kedah dengan keluasan 1,530 km persegi atau 590.32 batu persegi. Ia bersempadan dengan negara Thailand dan negeri Perak disebelah Timur, bersempadan dengan daerah Sik dan Kuala Muda disebelah Barat manakala daerah Kulim disebelah selatan.

  • Bentuk muka bumi daerah Baling diliputi dengan kawasan tanah pamah ditengah dan kawasan berbukit bukau di bahagian sempadan Thailand.

 

peta Kedah

 

  • Majlis Daerah Kerajaan Tempatan ditubuhkan pada 01 April 1976 selepas penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan.
  • Terdiri daripada 2 buah Lembaga Bandaran dan 3 buah Majlis Mesyuarat Tempatan

a) Lembaga Bandaran Baling
b) Lembaga Bandaran Kuala Pegang
c) Majlis Tempatan Kuala Ketil
d) Majlis Tempatan Tawar
e) Majlis Tempatan Kupang

  • Pada tahun 1987, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan telah ditukar nama kepada Majlis Daerah Baling.