MENU

IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH BALING 2017 adalah seperti di bawah :-

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 TARAF JAWATAN KONTRAK/TETAP
2. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29 TARAF JAWATAN KONTRAK/TETAP
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 TARAF JAWATAN KONTRAK/TETAP

4.  PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19 TARAF JAWATAN KONTRAK

CARA MEMOHON
        
(a)    Borang  permohonan boleh didapati di Laman Sesawang Majlis Daerah Baling http://ww.mdbaling.gov.my secara  percuma 

(b)    Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
    
    i.    Gambar berukuran passport
    ii.    Salinan Sijil Kelahiran
    iii.    Salinan Kad Pengenalan
    iv.    Salinan Sijil Peperiksaan
    v.    Lain-lain Sijil yang berkaitan
(Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kumpulan profesional dan sokongan 1.)

(c)     Permohonan berikut akan DITOLAK

    i.    tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
    ii.    borang permohonan tidak lengkap atau tidak jelas;
    iii.    borang permohonan tidak ditandatangani;
    iv.    borang permohonan tidak disertakan gambar; dan 
   vi.    salinan dokumen yang tidak diakui sah.

ALAMAT PERMOHONAN 

1.    Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:

        YANG DIPERTUA, 
        MAJLIS DAERAH BALING,
        09100 BALING,
        KEDAH DARUL AMAN.

2.       Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ di sebelah atas kiri sampul surat bagi setiap borang   permohonan yang dikemukakan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

             Pada atau sebelum : 6hb Julai 2017 3.30 Petang

Catatan Am

(a)    Sila tulis nama jawatan yang dipohon di tepi sampul sebelah kiri.
(b)    Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan ditemuduga;
(c)    Pemohon-pemohon yang berjaya dipanggil untuk temuduga tetapi tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditemuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.