MENU

UNIT UNDANG-UNDANG

1. Nasihat Perundangan: - Memberi nasihat perundangan (Legal Opinion) kepada jabatan-jabatan di Majlis Daerah Baling dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh maklumat lengkap diterima.

2. Penggubalan: Dokumen Perundangan

- Menyemak dan mengkaji keperluan untuk meminda Undang-Undang Kecil setiap lima (5) tahun dari tarikh pewartaan terakhir.

- Menyediakan draf pertama Undang-Undang Kecil dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh arahan diterima, sekiranya maklumat yang diterima adalah lengkap.

Dokumen Kontrak/Notis/Akujanji - Menyemak dan menyediakan draf pertama dokumen kontrak dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh terma-terma perjanjian dimuktamadkan.

- Memproses dan menandatangani suatu dokumen kontrak dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

- Menyemak dan menyediakan notis perundangan dan Surat Akujanji dalam tempoh tujuh (7) hari setelah dokumen lengkap diterima.

3. Pendakwaan: - Memproses dan memfailkan aduan ke mahkamah dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh aduan lengkap diterima.

- Memaklumkan keputusan kes kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh keputusan diterima dari Mahkamah.

4. Sivil: - Melantik panel peguam untuk mewakili Yang Dipertua dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh terima saman kes litigasi sivil terhadap Yang Dipertua.

- Memaklumkan keputusan kes-kes mahkamah kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh keputusan kes diterima.

5. Pengkompaunan Kesalahan: - Mengurus rayuan pengurangan kompaun dalam tempoh lima belas (15) minit.

6. Pengurusan Tatatertib: - Mengeluarkan surat tunjuk sebab dalam tempoh dua puluh empat (24) jam setelah aduan lengkap diterima dan mendapat arahan Yang Dipertua / Setiausaha.