MENU

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN DAN REKREASI

Berusaha memberikan perkhidmatan dan layanan yang mesra, melaksanakan tugas dengan cekap dan memberikan maklumat yang tepat kepada pelanggan/ pengunjung/ pelancong.

KEMUDAHAN PENGINAPAN- Sentiasa berusaha bagi menyediakan kemudahan penginapan yang baik, bersih dan selesa kepada pelanggan/ penginap/ pelancong.

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR- Sentiasa berusaha bagi menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan lengkap untuk kemudahan dan kepuasan pelanggan.

KEADAAN PERSEKITARAN- Sentiasa berusaha bagi memastikan kawasan rekreasi dan penginapan sentiasa bersih dan selesa kepada pelanggan/ pengunjung/pelancong serta sentiasa berusaha menaiktaraf landskap supaya lebih indah, ceria dan harmoni.

ADUAN DAN CADANGAN- Akan sentiasa peka dengan mengambil kira aduan, idea atau cadangan pelanggan yang berfikiran kreatif dan inovatif bagi membantu pihak pengurusan dalam proses penambahbaikan untuk kemudahan dan kegunaan pelanggan di masa hadapan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SOSIAL

PENERIMAAN TEMPAHAN

Sedia menerima tempahan pengguna bagi semua fasiliti yang terdapat di Kompleks Sukan MDB.

Proses tempahan dapat diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga minit (2 - 3 minit).

Proses penerimaan tempahan adalah secara bersemuka (kaunter), telefon, atau media sosial (aplikasi whatsapp).

PENYELENGGARAAN

Sentiasa memastikan semua fasiliti di Kompleks Sukan berada dalam baik, selamat, bersih, tersusun dan boleh digunakan.

Sentiasa memastikan keadaan tandas dan kawasan persekitaran bersih, dan kemas.

Menyiapkan kerja-kerja selenggara “minor” dalam tempoh dua puluh empat jam (24 jam).

Melaporkan kerja-kerja selenggara “major” kepada Jabatan Kejuruteraan dalam tempoh dua puluh empat jam (24 jam).