JABATAN KEJURUTERAAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN PROJEK
Memproses permohonan projek pembangunan dari tarikh terima arahan dalam tempoh 4 minggu.
Memproses perolehan kerja dari Kerajaan Persekutuan dan Negeri bermula dari menerima surat kelulusan projek sehingga mengeluarkan surat tawaran kepada pemborong dalam tempoh 6 minggu.
Mengurus pembaikan kerosakan premis dan infrastruktur, kemudahan awam serta aset milik Majlis secara sebutharga dalam tempoh 2 minggu.
Mengurus pembaikan kerosakan premis dan infrastruktur awam milik Majlis secara tenaga kerja dalaman MDB dalam tempoh 3 hari.
Membuat lawatan dan membuat perakuan berhubung infrastruktur bagi sokongan CFO/CCC dalam tempoh 6 hari.
Memproses pengurusan pembayaran bagi kerja yang telah dijalankan ke Jabatan Perbendaharaan dari tarikh penerimaan dan dokumen lengkap dalam tempoh 1 hari.
Memproses permohonan tuntutan pelepasan wang pertaruhan/jaminan insuran bagi projek-projek Majlis dalam tempoh 7 hari.
BAHAGIAN BANGUNAN
Permohonan pelan bangunan, mengeluarkan ulasan teknikal kepada unit OSC dalam tempoh 10 hari, mengeluarkan tunai syarat kepada pemohon dalam tempoh 3 hari dan mengeluarkan surat kelulusan kepada pemohon dalam tempoh 6 hari.
Permohonan pelan tambahan/pindaan bangunan dalam tempoh 3 hari.
Permohonan mengembalikan wang pertaruhan dalam tempoh 14 hari.
Permohonan pindaan pelan kepada pelan yang telah diluluskan dalam tempoh 14 hari.
Permohonan Pelan Sanitari (SI) dalam tempoh 7 hari.
Permohonan Pelan Konkrit Tetulang (RC) dalam tempoh 7 hari.
Permohonan pelan setara dalam tempoh 3 hari.
Permohonan permit kerja kecil dalam tempoh 1 hari.
Permohonan bangunan/gerai/bangsal sementara dalam tempoh 21 hari.
Permohonan pemasangan hoarding dalam tempoh 7 hari.
Permohonan batal sekatan kepentingan dalam tempoh 7 hari.
Permohonan sokongan bagi tadika/taska dalam tempoh 10 hari.
Notis bangunan/binaan haram dalam tempoh 5 hari.
Memproses aduan awam dalam tempoh 3 hari.
BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
Memastikan setiap permohonan kelulusan arahan pembaikan kenderaan/mesin/peralatan diluluskan dalam tempoh 5 hari.
Memastikan setiap permohonan kelulusan pembaikan kenderaan/mesin/peralatan dirujuk kepada ketua jabatan dalam tempoh 2 hari.
Membuat pendaftaran permohonan bayaran melalui sistem e-PBT dalam tempoh 3 hari.
Penyelenggaraan sistem penghawa dingin dilaksanakan berdasarkan aduan kerosakan sistem penghawa dingin dalam tempoh 1 hari.
Penyelenggaraan lampu jalan dilaksanakan berdasarkan aduan kerosakan dalam tempoh 2 hari.
Tindakan awal terhadap aduan kerosakan alatan perkhidmatan teknikal dalam tempoh 1 hari.
Membuat pemeriksaan kerosakan kenderaan Majlis berdasarkan aduan dalam tempoh 1 hari.
Kerja pembaikan besar (major overhaul)/ pembaikan badan kenderaan dalam tempoh 3 bulan.
Kerja pembaikan kecil kenderaan dalam tempoh 2 minggu.
Tindakan awal terhadap aduan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan kerosakan elektrik dalam tempoh 1 hari.
Mengambil tindakan kerosakan eletrik dalam 7 hari.