MENU

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

Penilaian cukai taksiran dibuat dalam tempoh enam (6) bulan dari selepas CFO/CCC dikeluarkan.

Memberi notis cukai taksiran kepada pemilik pegangan dalam tempoh dua (2) minggu selepas ditetapkan penilaian.

Melawat periksa pegangan/harta dalam masa tujuh (7) hari selepas maklumat harta diterima.

Memproses permohonan Pindah Milik bagi pegangan cukai taksiran dengan syarat permohonan lengkap dan tiada tunggakan sukai dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permohonan.

Memproses penukaran alamat pemilik bagi pegangan cukai taksiran yang aktif dalam tempoh selewat-lewatnya satu (1) hari.

Memproses permohonan pindah milik bagi premis ruang niaga selepas mendapat kelulusan dalam tempoh tiga (3) hari

Memproses perjanjian sewaan dua puluh satu (21) hari dengan syarat permohonan lengkap dan tiada tunggakan sewa ruangniaga.

Mengiklankan ruangniaga tiga (3) bulan berdasarkan kekosongan yang ada.

Memaklumkan keputusan temuduga ruangniaga sepuluh (10) hari selepas keputusan temuduga dalam Mesyuarat Penuh.

Memproses carian maklumat harta dalam masa lima (5) hari.