MENU

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA

Memberi layanan mesra;

Sentiasa membantu dalam urusan perkhidmatan kakitangan;

Memproses permohonan cuti rehat kakitangan tetap/kontrak/sambilan dalam tempoh 7 hari dari permohonan;

Menyediakan jemputan mesyuarat-mesyuarat Majlis dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat;

Menyegerakan jawapan kepada surat mesyuarat berkaitan pentadbiran Majlis dalam tempoh 3 hari;

Memastikan semua aduan yang diterima di jawab dalam tempoh 3 hari;

Menguruskan hal-hal berkenaan pengambilan kakitangan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan dikeluarkan;

Menguruskan pengesahan jawatan kakitangan bertaraf tetap dalam tempoh 2 minggu setelah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan yang ditetapkan seperti berikut:-

a)        Memenuhi tempoh percubaan di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun;
b)        Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Kursus Induksi Khusus;
c)        Lulus Peperiksaan Perkhidmatan yang ditetapkan (jika ada);
d)        Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Menyedia dan menghantar dokumen-dokumen persaraan ke Bahagian Pencen JPA untuk diproses 3 bulan sebelum mencapai umur persaraan atau tarikh persaraan yang diperakukan oleh Majlis;

Mengeluarkan surat-surat arahan untuk menghadiri kursus atau latihan anjuran Majlis / Jabatan lain sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh pelaksaan.